Monday, September 15, 2008

Berita Dalam Talian Lebih Berani Daripada Akhbar Tradisional.

Berita Dalam Talian Lebih Berani Daripada Akhbar Tradisional.



Malaysia merupakan negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan hidup di dalam aman dan harmoni.,Rakyat Malaysia berhak dan bebas melakukan apa sahaja selagi ia belum melanggari undang-undang negara. Dengan kebebasan yang ada, rakyat Malaysia meraskan diri mereka berhak menyuarakan suara dan pendapat mereka sendiri. Maka lahirlah penulis-penulis di dalam talian yang berani menyuarakan pendapat mereka sendiri walaupun isu yang disentuh itu ialah isu sensitif.Kini, telah banyak lahirnya berita di dalam talian yang tampil lebih berani menyuarakan suara-suara rakyat dan membongkarkan kebenaran yang selama ini tertutup. Berita akhbar tradisional seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, New Starits Time dan lain-lain lagi dikatakan tidak berani menampilkan isu-isu yang panas kerana takut dikenakan tindakan undang-undang.

Penulis-penulis di dalam talian berani menyuarakan isu-isu sensitive dan isu-isu politik di dalam internet keran tidak terdapat undang-undang yang dapat menghalang dan menyekat kebebasan mereka untuk menulis. Jika dilihat kembali berita di dalam talian tidak perlu melalui editor untuk menjalani proses penapisan sebelum sesuatu cerita itu dicetak kepada orang awam. Ini jelas menunjukkan bahawa penulis di dalam talian boleh menulis isu sesuka hati tanpa pelu dipantau oleh pihak atasan. Selain itu, berita di dalam talian tampil lebih berani kerana sesiapa sahaja boleh menulis di dalam internet. Wartawan yang menulis beri di dalam akhbar tradisional adalah merupakan golongan yang mempunyai kelulusan Universiti dan mempelajari tentang imu penulisan. Wartawan tidak berani menulis sesuatu isu yang sensitive di dalam akhbar kerana itu ialah pekerjaan mereka dan mereka khuatir akan dipecat sekiranya mereka menulis sesuatu isu yang sensitive. Penulis di dalam talian tampil lebih berani menulisdi dalam internet kerana mereka hanya menulis untuk memuafkan nafsu sendiri dan mereka juga tidak pelu mendedahkan identity mereka yang sebenar. Tanpa pelu mendedahkan identity mereka, mereka berani menulis sesuatu isu yang sensitive.


Tambahan pula, berita di dalam talian lebih banyak menyentuh tentang isu politk berbanding isu yang lain. Dengan ini kita dapat lihat banyaknya muncul bloggers yang membincangkan tentang arena politik dan menghentam sesuatu pihak dengan sewenang-wenangnya. Kebanyakan penulis bloggers hanya menulis merujuk kepada idea dan pemikiran mereka sahaja. Kebnyakan fakta yang ditulis oleh penulis bloggers adalah palsu dan diubah-ubah untuk menutup kebenaran. Tidak disangkal bahawa lahirnya berita di dalam talian adalah untuk membongkarkan kebenaran dan memberitahu rakyat tentang perkara yang sebenar. Namun kebenaran yang dibongkar juga tidak semuanya benar.

Berita di dalam talian juga bnyak menunjukkan gambar-gambar yang tidak dikeluarkan oleh akhbar tradisional. Memandagkan berita di dalam talain dapat dibaca dan diedit oleh sesiapa sahaja maka berita di dalam talian kebanyakannya telah ditokok tambah oleh banyak pihak. Oleh itu, kita haruslah tidak mempercayai sepenuhnya semua berita yang ditulis di dalam akhbar talian. Bukan itu saja, malah akhbatr tradisional juga patut dikhuatiri tentang kebenaran yang ditulisnya. Tambajhan pula, kebnayakn berita di dalam talian ditulis oleh golongan muda-mudi kita pada hari ini. Mereka lebih berani ketidakpuasan hati mereka di dalam internet. Golongan muda meruapkan golongan yang paling banyak menggunakan internet di dalam kehidupan mereka. Golongan muda merupkan golongan ynag senang terpengaruh dengan sesuatu isu yang dibangkitkan. Maka, mereka merupakan medium yang digunakan untuk menyebarkan sesuatu fahamam seperti politik dan juga isu perkauman.

Sebenarnya, berita di dalam talian dan akhbar tradisional mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Berita di dalam talian hanyalah merupakan fanomena baru kepada masyarkat kita. Kita tidak seharusnya hanya menyalahkan sebelah pihak sahaja. Sesungguhnya akhbar tradisional juga bnyak menyebarkan kebenaran kepada kita, namun ia perlulah ditapis terlebih dahulu. Tidak seperti akhbar tradisional, akbar di dalam talian boleh ditulis oleh sesiapa sahaja tanpa pelu melalui mana-mana penapisan terlebih dahulu. Oleh itu, kita haruslah pandai menilai kebaikan dan keburukan yang terdapat di dalam kedua-dua akhbar tradisional dan akhbar di dalam talian ini.